Sabtu, Oktober 02, 2010

5 Perkara Penting Menjadi Usahawan Internet

Sejak kebelakangan ini saya dapati pengguna internet semakin hari semakin bertambah. Malah, pelbagai jenis produk baru juga muncul di pasaran. Ini menunjukkan satu senario yang begitu positif jika di lihat dari sudut perniagaan. Secara tidak langsung kadar pertumbuhan usahawan internet juga bertambah. Namun, ada beberapa perkara juga yang perlu di lihat terutamanya peratus kegagalan sebagai usahawan internet. Majoritinya mengalami kegagalan. Apakah sebenarnya yang berlaku? Apakah kesilapan yang dilakukan oleh mereka? Sebenarnya ada beberapa faktor yang membuat kebanyakan usahawan internet gagal. Ada juga yang gagal sebelum memulakan perniagaan internet mereka lagi. Mengikut kajian diantara faktornya ialah majoriti menganggap menjadi usahawan internet adalah amat mudah. Mereka terpengaruh dengan ayat-ayat power seperti ‘Buat duit di internet dengan hanya satu jari sahaja!’. Persepsi begini membuatkan mereka terkejut atau kecewa apabila mereka melalui proses yang sebenar.

Untuk bemula menjadi usahawan internet, prosesnya adalah sama seperti perniagaan lain. Kita perlu mengikut proses yang betul, langkah demi langkah untuk mencapai matlamat kita. Lupakan saja jalan pintas kerana ianya akan mengundang kegagalan di kemudian hari. Sebenarnya, setiap usahawan yang berjaya mereka pasti berguru dan berlajar terlebih dahulu, sekurang-kurangnya mereka akan mencari seseorang yang pakar untuk menjadi mentor kepada mereka. Diantara perkara yang perlu diambil berat untuk menjadi usahawan internet adalah seperti:

 Persediaan
Tahukah anda lebih 95% usahawan internet di dunia gagal menjana sebarang pendapatan yang stabil dan menguntungkan? Apakah kesilapan besar mereka dan bagaimana untuk anda menyertai sebahagian kecil 5% usahawan internet yang hebat dan berjaya? Persediaan yang paling penting sebelum anda menjadi usahawan internet yang berjaya adalah mindset. Kemahiran asas seperti memahami terma perniagaan internet, konsep, peluang dan sedikit teknikal juga penting. Selain dari itu, strategi pengurusan kewangan juga amat penting untuk menjadi usahawan internet yang hebat. Tanpanya, anda pasti gagal. Anda perlu belajar bagaimana untuk mengekalkan momentum anda untuk maju setiap hari demi hari. Anda juga perlu membuat perancangan yang rapi. Inilah kesilapan besar yang perlu anda elakkan sama sekali! Seperkara lagi, semua usahawan internet mengimpikan pendapatan pasif yang lumayan melalui internet. Namun, awas! Internet juga menawarkan pelbagai program membuat duit yang dipenuhi perangkap berduri. Elakkan diri anda daripada program scam. Pastikan anda tahu tujuan dan fungsi sebenar internet.

 Pasaran & Pemasaran
Sebagai usahawan, strategi pemasaran yang betul dan berkesan adalah penting. Anda perlu belajar asas-asas strategi sulit pemasaran. Anda juga perlu tahu medium pemasaran yang menjadi tumpuan ramai dan mempunyai nilai conversion yang tinggi. Pemilihan niche serta kepentingannya. Masalah utama kebanyakan usahawan internet adalah syok sendiri. Anda mesti melakukan kajian permintaan, persaingan dan beberapa perkara lagi terlebih dahulu. Setiapnya mempunyai sifat yang berbeza dan kaedah janaan duit yang berlainan. Tanpanya usaha internet anda adalah sia-sia.

 Trafik
Laman web atau usaha promosi anda tidak akan berhasil tanpa ada trafik atau pelawat yang boleh memberikan anda duit atau sumber pendapatan di internet. Anda harus mencari apakah formula terbaik serta efektif untuk menarik trafik yang menjamin keuntungan: Anda perlu fahami asas penjanaan trafik. Pemahaman ini penting sekiranya anda mahu menawarkan iklan di laman web anda. Tidakkah anda mahukan duit mudah jika ada pengiklan berminat membayar anda untuk mengiklan? Ada beberapa tools yang wajib anda gunakan untuk menilai setiap trafik secara automatik. Data pemantauan statistik trafik ini memberikan anda kelebihan berbanding pesaing lain. Anda akan lebih jelas bagaimana trafik datang ke laman web anda, kaedah promosi mana yang anda gunakan lebih menguntungkan dan apakah yang dicari oleh pelawat anda. Amat penting untuk anda mengelakkan kerugian dan memaksimumkan keuntungan.

 Jualan
Anda berminat untuk menjual produk atau servis dan mendapat keuntungan dengan mudah? Bagaimana anda boleh menjual secara efektif di internet terutama untuk pasaran Malaysia? Untuk pasaran Malaysia, anda mesti menyediakan kaedah pembayaran yang baik atau anda bakal kehilangan peratus yang besar menjana pendapatan lumayan di internet. Anda juga memerlukan tools yang boleh anda gunakan untuk memudahkan bakal pelanggan anda membeli lebih daripada satu produk dalam satu masa. Lebih produk dibeli dalam satu-satu masa bermakna untung berganda untuk poket anda! Anda memerlukan tool yang bertindak sebagai juru-jual maya. Tanpanya, produk anda sukar untuk dijual. Tools yang hebat dapat menjual apa sahaja yang anda kehendaki dengan amat berkesan.

Teknik SEO (Search Engine Optimization)
Anda mempunyai modal yang tidak terhad? Kaedah promosi berbayar terbukti berkesan untuk menjana trafik yang berkualiti tinggi. Namun, ada satu cara lagi yang percuma serta berkualiti iaitu trafik organik yang datang daripada enjin carian. Lebih 90% pengguna internet mencari info atau laman web menggunakan enjin carian. Maka, jika anda mengabaikan kaedah ini, samalah seperti anda mengabaikan 90% duit yang boleh anda jana melalui internet. Bagaimana untuk mendapat trafik organik? Sudah pasti dengan mendapat ranking tinggi dalam hasil carian untuk laman web anda. Ada pelbagai kaedah dan teknik yang telah didedahkan oleh mereka yang pakar di dalam bidang ini. Anda hanya perlu berusaha mencarinya.

Inilah diantara perkara-perkara basic yang perlu difahami sekiranya anda mahu menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. Di Malaysia ada beberapa usahawan internet yang telah mencapai tahap yang amat selesa sekali di dalam perniagaan internet ini. Mereka juga ada berkongsikan pelbagai ilmu untuk sesiapa yang ingin menjadi usahawan internet. Pelbagai rujukan telah dikeluarkan oleh mereka. Apa-apa pun, kejayaan anda, anda yang tentukan. Setiap usaha yang bersungguh dan tertib pasti ada hasilnya.

Selamat berjaya!

Jumaat, Ogos 20, 2010

Information Overload

 “Lebih banyak maklumat tidak bererti kita menjadi lebih berpengetahuan. Kita harus menghindarkan nasib malang di mana kita boleh melihat dengan lebih banyak tetapi kurang mengetahui. Sebenarnya menimbunkan seseorang dengan maklumat daripada yang sanggup diprosesnya akan membawa kepada satu jenis penyakit baru – maklumat yang membebankan (information overload).”
- Dipetik daripada buku “Daripada KSE Kepada KBE”, tulisan Billi P.S. Lim.

Penyakit “information overload” ini juga berlaku dalam perniagaan internet. Oleh kerana hendak menjimatkan kos, ramai yang ingin belajar sendiri dengan mencarinya di internet seperti mendownload ebook percuma, merujuk lebih daripada seorang mengenai perniagaan internet, merujuk banyak laman web, melanggan banyak newsletter dan pelbagai lagi cara. Akhirnya, mereka tersungkur, bingung dan keliru kerana dengan andaian maklumat yang banyak dapat membantu, TETAPI SEBALIKNYA!

Masalah ini berlaku, kerana tidak ada perancangan yang jelas, atau terlalu rakus nak tahu banyak perkara atau nak tunjuk glamor supaya orang menyangka kita tahu segala-galanya. Andaian yang mengatakan banyak tahu perihal perniagaan internet maka lebih berjaya biasanya akan membawa perkara yang sebaliknya.

Tip menyelesaikan masalah "information overload"

1. Rancang dan tentukan apa yang PERLU atau yang anda INGIN tahu. Kemudian, lakukan kajian atau pencarian maklumat yang HANYA diperlukan sahaja. Jangan endahkan (jangan ambil tahu) maklumat-maklumat lain dan yang tidak dirancang! Dalam kata lain, utamakan yang diperlukan sahaja, jangan sibuk-sibuk nak tahu perkara lain.

Contoh: Anda ingin tahu mengenai program google adsense, dalam asyik mencari bahan dan mengkaji, terdetik di hati nak tahu pasal affiliate, resell right atau ebay. Anda perlu kuatkan hati untuk “stick” atau tumpu (fokus) pada apa yang diperlukan dahulu mengikut KEUTAMAAN. Lakukan sesuatu kajian atau pembelajaran dalam satu-satu masa sahaja dan tidak dicampur-aduk dengan perkara lain dalam masa yang sama.

2. Dapatkan ebook samada berbayar atau percuma mengenai perkara yang ingin diketahui. Kebanyakan maklumat dari ebook telah disusun rapi dan sistematik. Setelah dapat ebook tersebut, baca dan “study” sampai faham dan senaraikan apakah kemusykilan yang tak terjawab melalui ebook itu dan buat kajian samada mencari sendiri atau bertanyakan orang lain termasuk penulis ebook tadi

3. Ikuti seminar, bengkel, kelas atau personal coach. Orang yang bijak sebenarnya banyak melabur untuk menambah ilmu pengetahuan dengan menyertai seminar, bengkel atau dengan mengupah “personal coach” untuk mempelajari sesuatu perkara. Cara ini adalah lebih membantu namun ia memerlukan sedikit pengorbanan dari segi kos (wang). ILMU tidak sama dengan HARTA MATERIAL.Ramai yang tertipu dengan wang, jadi, pastikan anda lebih mengutamakan ilmu untuk lebih berjaya,

4. Rehat Yang Cukup. Jika otak menerima maklumat tanpa henti, ada risiko besar untuk mendapat penyakit mental atau tekanan jiwa. Luangkan sedikit masa untuk berehat, beriadah dan bersosial. Kita adalah manusia dan bukan robot.Dengan rehat yang cukup, otak kita tidak akan stress dan jiwa kita pun akan lebih tenang. Pokok pangkal, perancangan masa dan hidup yang sistematik.

5. Rujuk mereka yang tahu. Umpama bertanyakan arah jalan, begitu juga dalam menuntut ilmu atau bertanyakan sesuatu perkara. Tanyalah mereka yang sudah berjaya atau benar-benar tahu atau sudah dapat ‘bebaskan’ diri daripada bebanan atau limpahan maklumat. Jika kita bertanya atau merujuk kepada mereka yang sama berpenyakit, maka lagi parahnya sakit “information overload” itu.

6. Lakukan banyak solat istiharah, minta bantuan yang ampunya rezeki dan ilmu. Pilihan yang ampunya rezeki dan ilmu ini lebih tepat dan kena masanya dengan apa yang kita fikirkan.

Oklah, saya rasa itu sahaja tips yang boleh diguna-pakai. Saya harap, infomasi ini boleh membantu sedikit sebanyak mengatasi masalah “information overload”

5 Langkah Memulakan Perniagaan Internet

Maklumat terbaru mendapati, perniagaan internet semakin digemari oleh masyarakat pada hari ini. Di anggarkan seramai 75 000 pelawat baru memasuki internet dan 100 000 website di cipta setiap hari. Jika di lihat pada hakikat ini, ia adalah suatu peluang yang amat menguntungkan dan tiada sebab anda tidak memulakan perniagaan internet dengan lebih kurang 500 juta pelanggan di internet.

Bagaimana Menjalankan Perniagaan Internet?

Perniagaan di internet terbahagi kepada dua iaitu samada anda mahu menjual produk atau tidak menjual produk. Menjual produk pula terbahagi kepada dua iaitu samada anda menjual produk sendiri atau menjual produk orang lain iaitu sebagai affiliate.  Jika anda menjadi ahli affiliate, anda hanya promosi produk orang lain dan anda mendapat komisyen daripada jualan tersebut bergantung kepada ‘perjanjian’ semasa ‘sign up’ borang affiliate. Mungkin anda mendapat 10%, 20%, 40% atau 50% daripada harga jualan.

Menjual Produk
Jika anda mempunyai produk sendiri untuk di jual, ia adalah sesuatu yang hebat! tetapi kebanyakan newbie yang baru hendak bermula, sebaiknya mulakannya dengan affiliate. Dengan menyertai affiliate, anda tidak perlu menerima bayaran pelanggan, sistem sokongan pelanggan, menjawab pertanyaan pelanggan, menghantar produk kepada pelanggan (jika ianya produk fizikal) dan sebagainya. Anda hanya perlu promosi, promosi, dan promosi…..itu saja.

Setelah cukup bulan (bergantung syarat dan terma), anda mendapat komisyen daripada jualan tersebut. Program affiliate yang terbaik adalah seperti Amazon.com, Clickbank dan sebagainya.

Jika anda sudah mahir dan mempunyai idea tentang menjual produk sendiri, ia amat bagus. Keuntungan daripada jualan adalah 100% milik anda dan anda hanya perlu membayar 30% atau 40% daripada jualan kepada affiliate anda. Anda tidak perlu sangat mempromosi, kerana affiliate anda promosikan percuma untuk anda…

Tidak Mempunyai Produk ?
Sekiranya anda tidak mempunyai produk, anda juga boleh menjual perkhidmatan di internet seperti membina blog atau website berbayar, menjadi perunding jualan, dan sebagainya. Pendek kata, anda gunakan kemahiran dan ilmu anda untuk mendapat duit.

Selain daripada itu, Anda boleh melakukan program Pay Per Click  seperti Google Adsense, Adbrite, dan sebagainya… Anda bekerja sebagai agen pengiklanan dengan meletakkan iklan daripada Google contohnya di website anda dan anda mendapat bayaran berdasarkan klik pelawat pada iklan tersebut. Cuma jangan melakukan amalan yang menyalahi prasyarat google.. kerana google lebih bijak daripada apa yang kita sangkakan.

Permulaan
Hanya 5 langkah untuk memulakan perniagaan internet anda. Tidak ada sesuatu jalan yang singkat untuk berjaya dan kaya…tetapi dengan 5 langkah ini, anda mampu dan BOLEH !

5 Langkah Yang Perlu Anda Lakukan
 - Bina website Anda
 - Perlu Tahu “Kuasa Kandungan” Website Anda
 - Dapatkan Traffik Ke Website Anda
 - Bina Komuniti Untuk Website Anda
 - Optimumkan Pendapatan Daripada Perniagaan Anda

Anda akan mendapati, duit hanya boleh diperolehi dengan melakukan langkah terakhir, tetapi tanpa langkah 1,2,3, dan 4 , anda tidak akan berada di tempat ke lima.

Berapa lamakah untuk anda berjaya optimumkan perniagaan dan wang mencurah-curah mengalir ke akaun bank anda? Ia sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri… Jika anda fokus pada perniagaan anda, mungkin masanya hanya sebulan atau kurang daripada itu. Jika anda tidak fokus, sudah tentu masanya lebih panjang. Mungkin 3 bulan atau 6 bulan… Anda yang pilih. Jika mahu cepat, buat cepat dan fokus…jika mahu lambat, buat lambat dan tidak fokus.

Langkah 1 : Bina Website Anda

Dalam membina laman web, anda boleh membuat dua pilihan, Pilihan pertama banyak cara atau perisian yang boleh digunakan untuk membina laman web seperti joomla, atau anda perlu belajar asas HTML dengan menggunakan perisian dreamweaver, dan dicantikkan website anda dengan perisian Photoshop dan Flash. Setelah website anda siap terbina anda perlu menyewa domain dan hosting. Semua rekabentuk website anda itu masih berada di komputer dan ia perlu dipindahkan ke dalam hosting dengan menggunakan perisian FTP. Teknikal-teknikal ini kadangkala menyebabkan beberapa orang yang bersemangat untuk membina perniagaan di internet merasa jemu dan terus gagal.

Pilihan kedua anda, kami di tempua.com menyediakan perkhidmatan membina dan merekabentuk laman web anda. Dengan sedikit upah anda akan memperolehi sebuah domain dan hosting serta laman web yang bersedia untuk membuat jualan. Anda juga akan diberi tunjuk ajar bagaimana mengemaskini website anda supaya anda tidak bergantung sepenuhnya kepada kami.

Langkah 2 : Perlu Tahu “Kuasa Kandungan” Website Anda

Untuk mengukuhkan ilmu berkenaan perniagaan internet anda, anda hendaklah selalu melawati blog-blog dan website yang pakar tentang perniagaan internet. Di internet, beratus-ratus atau beribu-ribu laman web yang boleh anda lawati dan ‘menuntut’ daripada pakar. Dalam langkah ini, anda sebenarnya memerlukan ILMU ! Cara yang lebih baik, anda dapatkan seorang mentor....

Yang AMAT PENTING, anda jangan sampai “overload” dengan ilmu-ilmu tersebut dan carilah hanya seorang atau dua mentor. Anda tidak memerlukan banyak mentor kerana akan Overload. Mentor 1 menyuruh anda melakukan perkara A, mentor 2 pula menyuruh anda melakukan perkara B manakala mentor 3 pula menyuruh anda melakukan perkara C pada suatu masa yang serentak. Anda akan pening dan tidak boleh fokus pada perniagaan anda. Saya ulangi….anda hendaklah FOKUS !

Berehat sekejap dan cuba fikirkan…

- Apakah kekuatan dan kebolehan anda… Anda sepatutnya membina perniagaan berdasarkan kekuatan dan kebolehan yang anda ada. Anda semestinya tahu kekuatan dan kebolehan anda…
   
    Kekuatan / Kebolehan = Bakat Semulajadi + Pengalaman + Ilmu dan Kemahiran

- Apakah minat anda dan anda boleh melakukannya tanpa jemu? Ini penting kerana jika anda melakukannya berdasarkan apa yang anda minat, pengetahuan tentangnya akan sentiasa “segar” dan “fresh”. Anda mempunyai banyak idea tentangnya dan masalah kebuntuan semasa menulis tidak berlaku. Dengan kandungan web yang sentiasa segar dan fresh, akan menarik lebih ramai pelawat ke website anda. Pelawat biasanya mahukan sesuatu yang fresh dan selalu di update…lebih-lebih lagi jika ianya adalah pelanggan tetap anda.

- Apakah jenis pertanyaan pelanggan tentang perniagaan anda?. Sebab itulah anda seharusnya pakar dalam target perniagaan anda dan bersedia dengan jawapan-jawapan yang ‘pakar’ apabila di tanya pelanggan.

Langkah 3 : Dapatkan Traffik Ke Website anda

Langkah seterusnya adalah menarik pelawat ke website anda. Walaupun website anda cantik tahap dewa sekalipun, jika tiada pelawat yang mengunjungi website anda, tiada gunanya. Ingat , para pakar internet menyatakan “pelawat adalah wang anda”. Tanpa pelawat, tiada wang…

Bagaimana mendapatkan pelawat ke website anda? Banyak caranya…. Salah satunya adalah menggunakan forum. Anda hendaklah aktif di forum dan apabila anda memberikan sebarang cadangan dan pandangan, sila tinggalkan signature anda. Contoh signature adalah seperti berikut:

Dalam berforum, tunjukkan kepakaran anda dalam sesuatu bidang dan sebaiknya, di bidang yang anda pakar dan ada kaitan dengan produk anda. Ini penting kerana pelawat yang memasuki sesuatu forum dan membuka sesuatu thread biasanya memang mencari sesuatu yang mempunyai kaitan dengan thread tersebut.

Selain daripada itu, anda boleh meningkatkan traffic ke website anda dengan bertukar link sesama para pengguna website. Sebaiknya, anda bertukar link dengan website yang mempunyai niche yang sama dengan anda.

Langkah 4 : Bina Komuniti Untuk Website Anda

Langkah seterusnya adalah membina komuniti untuk laman web anda. Apa yang di maksudkan disini adalah, membina pelawat setia ke website anda. Apabila pertama kali mereka melawat website anda, mereka teruja dan ingin melawat website anda lagi pada masa hadapan. Ini penting kerana jika anda menjual produk atau menyediakan perkhidmatan di internet, pelawat yang datang pada pertama kalinya biasanya tidak akan terus membeli produk atau perkhidmatan anda. Mereka sebenarnya inginkan layanan istimewa dan teguran anda. Sama seperti perniagaan konvensional, mereka juga ingin mendapatkan info yang lebih jelas berkenaan sesuatu produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Langkah 5 : Optimumkan Pendapatan Daripada Perniagaan Anda

Sekarang adalah langkah terakhir anda. Langkah ini juga akan memaksimakan pendapatan perniagaan anda di internet selain produk yang anda jual.

Di internet, terdapat pelbagai sumber pendapatan yang boleh anda perolehi dengan menggunakan  laman web anda… Mahu atau Tak Mahu Sahaja… Antara program-program tersebut adalah Google Adsense

Kebanyakkan para usahawan internet dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet melakukan program Google Adsense. Ini adalah kerana, ianya adalah PERCUMA untuk menyertainya dan di bayar berdasarkan klik yang di terima daripada pelawat yang mengunjugi blog/laman web anda.

Ahad, Ogos 15, 2010

Pembohongan Perniagaan Internet Siri 02

 "Nak niaga kat internet ka...Reti ker buat website, Tahu ker kod HTML.., Kena tau kod-kod tu dulu baru boleh niaga kat internet"

Sebelum saya mengulas isu pembohongan ini, barangkali anda sudah melihat web saya ini, so far design tak lak canggih sangat dan tak lah teruk sangat, saya rasa sedang-sedang gitu...

Untuk pengetahuan anda, tolong jangan tanya saya kod HTML, XHTML, XML, CSS, PHP, serta kod-kod yang lain, kalau ditanya juga, maka jawapan resmi saya ialah "entah...tak tau ler". Yang saya tahu ialah tanda ni (< br/ >)  bermakna enter...tu jer la yang saya tahu. Itupun kalau ditanya balik dia tu kod apa? "he he he", jawapan resmi jugak tu. Namun dalam kelemahan itu jugak, saya mampu membina laman web ini tanpa mengupah orang lain membuatnya, dan saya mampu untuk membina laman web orang lain.

Saya ada seorang makcik, dia bukan sahaja tidak ada kereta, malah lesen kereta pun dia tak ada, dan bukan sahaja dia tidak boleh membawa kereta, nak start injen keta pun dia tak tahu. Dalam kelemahannya itu juga dia adalah seorang peniaga yang berjaya. Dia boleh menghantar barang sambil berjumpa dengan pelanggannya. Apa yang dilakukan ialah dia menggunakan teknik leverage! Leverage Other People’s Expertise, Leverage Other People’s Time, Leverage Other People’s Money. Ringkas ceritanya, dia berjumpa jiran yang ada kereta, dan minta tolong untuk hantar barang, upahnya hasil jualan 50-50, kalau untung seribu, jiran tu dapat 500, sapa yang tak nak hantar.....

Dalam isu ini, kita tidak perlu untuk memahirkan diri dengan kod-kod yang diperlukan di internet, sebab ini juga lah saya membekalkan sistem DIY untuk membuat website, ia memang amat mudah dikendalikan, anda sendiri boleh melihatnya di demo yang saya paparkan disebelah kanan web ini.

Sekiranya anda mengalami masalah kos, anda boleh juga mencari kenalan anda sendiri dan menggunakan teknik bartering, dengan bertukar barang dengan barang. Sebagai contoh teman anda memberikan khidmat mereka logo untuk laman web anda, dan sebagai balasan yang setimpal dengan nilai, anda memberikan khidmat menulis surat jualan secara percuma kepada laman web rakan anda itu. Disini tiada wang digunakan, hanyalah servis atau kelebihan individu yang menjadi mekanisma pertukaran yang bijak. Kenalpasti kekuatan anda, fokus kepada kekuatan tersebut dan jadikan ianya sebagai mekanisma utama anda untuk mengaplikasikan teknik leverage yang saya sebutkan di atas.

Diharap catatan ringkas ini dapat memberi memberi sedikit mamfaat untuk dikongsikan bersama.

Pembohongan Perniagaan Internet Siri 01

Berniaga di internet adalah sama sebagaimana anda membuka perniagaan di pasar raya, dan jangan mudah terpedaya dengan janji janji manis dengan mendapat wang berjuta, kaya sekelip mata, tidak semuanya benar kerana di sana ada beberapa pembohongan yang perlu anda ketahui

Barrangkali anda sering dihidangkan dengan ‘kisah-kisah manis’ jutawan-jutawan Internet, atau jutawan senyap, yang pada akhirnya hanya meninggalkan impian kepada anda, dan anda terumbang-ambing mencari halatuju anda sendiri.

Realitinya ada yang benar dan ada yang tidak benar. Tidak ada kejayaan yang dikecapi dengan impian tanpa usaha, dan tidak ada kesenangan yang hakiki tanpa melalui ranjau berduri. Jangan hanya mendengar sipulan tu telah menjadi jutawan sahaja tapi tanyalah bagaimana dia berusaha untuk menjadi jutawan.

Marilah kita teliti apakah pembohongan yang sering dipersembangkan berkaitan dengan perniagaan internet.

1. “Letak jer apa barang kat internet tu, mesti laku punyer”

Cit kalinawu, tidak semua barang yang kita perkenalkan di internet terus mendapat sambutan, hal ini kena kembali kepada asas, “Produk yang mempunyai permintaan tinggi sahaja, ada harapan boleh terjual di internet”

Katakan anda hendak menjual santan kelapa yang telah diproses, anda melihat di timur tengah mana ada pokok kelapa, anda pun buat satu website dalam bahasa arab, cerita laa bagai nak rak, kebaikan santan kelapa ni..Siap dengan gambar gerak-gerak lagi…

Saya tidak menyatakan bahawa idea ni tak boleh pakai langsung, sebab kat sana saya tidak pernah melihat orang arab menggunakan santan kelapa, Cuma saya hanya melihat pak arab kokak kelapa tua dan makan kelapa tua cam tu jer..hu hu hu.

Saya bukan dari golongan otai yang berkelayakan untuk mengajar, tapi ingin berkongsi idea agar kita tidak terlajak perahu.

Cit panjang pulak celoteh ni ok saya ringkaskan. Sebelum melaksanakan idea baru dan ingin berniaga di internet pastikan
  1. Produk anda mempunyai permintaan yang tinggi
  2. Lakukan sedikit penyelidikan di forum-forum, online survey atau bertanya kekawan dan minta lah pandangan mereka sama ada secara offline atau melalui email.
  3. Setelah diyakini produk anda boleh “meletup” lakukan peromosi secara besar-besaran atau menurut kemampuan anda.
Ada beberapa lagi penipuan yang berlaku berkaitan dengan perniagaan internet. InsyaAllah saya akan sambung lagi cerita ini pada waktu yang terdekat. Semoga catatan ini dapat sama-sama kita manfaatkan.

Kelebihan Perniagaan Internet

1. Anda tidak memerlukan pejabat atau modal besar cuma apa yang anda perlukan hanya lah sebuah komputer, talian internet, sebuah laman web domain dan hosting. Modal yang dikeluarkan juga jika dibandingkan dengan membuka kedai biasa jauh lebih kecil

2. Anda tidak perlu untuk mengaji pekerja. Tidak seperti perniagaan konvensional, anda perlu mencari pekerja untuk membantu anda. Perniagaan internet ini, anda boleh lakukan sendiri atau dibantu oleh suami atau isteri tercinta, malah anda boleh melakukan beberapa jenis perniagaan dalam satu masa yang sama.

3. Boleh di automasikan, ini bermakna anda boleh meninggalkan perniagaan anda semasa anda sedang bercuti. Walaupun tidak diautomasikan sepenuhnya, sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerja anda boleh dilakukan secara automatik.

4. Anda boleh melakukan perniagaan di mana-mana sahaja. Sama ada anda lakukan dibilik tidur, di cyber cafe, di kedai-kedai minum sambil menjamu selera, dan yang pentingnya tidak ada tekanan fizikal dan mental. Anda tidak perlu beratur menekan break sewaktu jalan sesak, tak perlu fikir apa alasan sekiranya datang lewat ke ofis, iyeee ler takut kene marah boss. Di dalam perniagaan internet, anda yang menentukan waktu kerja, cuti, rehat dan segalanya adalah di tangan anda.

5. Tiada istilah buka kedai 9-6, sebagaimana perniagaan konvensional dan tidak ada istilah waktu tambahan, sif pagi, sif petang, sif siang, sif malam. Ini kerana perniagaan internet sememangnya dijalanakan 24jam sehari, 7 hari seminggu kecuali anda menutup laman web anda.

6. Prospek begitu besar, anda boleh rujuk gambar di bawah ini.

 Kesimpulan: Sekiranya anda mempunyai sedikit kemahiran menggunakan komputer, tahu menggunakan microsoft word, atau boleh melayari internet, anda sudah boleh memulakan perniagaan internet dengan risiko yang rendah. TQ kerana membaca

Produk yang sesuai

Apabila di sebut perniagaan, maka secara ringkas kita boleh membuat perniagaan di internet dengan menjual:

A. Produk
B. Perkhidmatan
C. Menjual produk dan perkhidmatan.

A. Produk
Sebelum kita mencari produk yang sesuai untuk di jadikan perniagaan kita, marilah kita bincangkan produk-produk yang kurang sesuai di jual di internet.

Antara produk yang dikatakan kurang sesuai di jual di internet ialah barang keperluan asas, sebagai contoh produk tersebut merupakan barang-barang yang mudah didapati di kedai runcit. Ibarat kata laaa, beras kat dapur saya dah habis, saya tak akan buka komputer kemudian melayari internet untuk mengorder beras... mengamok orang umah aku. Begitu juga dengan gula, garam, belacan dll.

Namun begitu sekiranya orang yang bijak, dia boleh menukar produk yang tak sesuai dijual di internet ini menjadi produk yang paling sesuai dijual di alam maya. Ok contoh ye, "SABUN BELACAN, bauan belacan yang menyegarkan tubuh". Barangkali belacan tu boleh menjadi produk paling laris, tapi ada ke produk macam tu?.

"UBAT SAKIT GIGI AJAIB, Setitik boleh menghilangkan terus sakit gigi anda", ia ke? sesuai ke produk macam tu? rasanya la, tak sesuai kut... sebab orang sakit gigi biasanya dia terus berjumpa doktor, dan tidak pernah orang yang tidak sakit gigi mencari ubat sakit gigi.

Cara mendapatkan produk untuk dijual:
1. Cipta sendiri, seperti, Cenderamata, Kraftangan, Kain batik, Perisian Komputer, Menulis buku, Menghasilkan produk informasi dll.

2. Pemborong, sebagai contoh:
* Membeli buku dari penerbit dan menjualkannya semula.
* Membeli pakaian secara borong dan menjualkannya semula.
* Membeli herba secara pukal kemudian menjualkannya semula di Internet dan sebagainya…

3. Menjadi orang tengah, Contoh, anda mempunyai seorang rakan yang pandai menghasilkan kraftangan tetapi tidak berminat untuk menjual hasilnya di Internet. Anda menghampirinya dengan cadangan untuk menjual hasil kraftangannya di Internet dengan pembahagian untung yang ditetapkan.

B. Perkhidmatan
Sementara itu anda juga boleh menjual PERKHIDMATAN, Sebagai contoh: Pereka Grafik, Penulis, Penyunting buku, Penasihat, Peguam, Ejen Hartanah, Ejen Insurans, Pelukis Karikatur,
Pelukis Kartun, Ahli Silap Mata, Penyanyi, Doktor, Jurulatih, Konsultan dan sebagainya…

Anda juga boleh mengubahkan perkhidmatan anda kepada produk. Sebagai contoh, bagi seorang Ahli Silap Mata, perkhidmatannya adalah membuat pertunjukkan Silap Mata (Magic Show) apabila terdapat jemputan.

Sebagai seorang pakar Silap Mata, beliau boleh menghasilkan VCD tentang cara-cara melakukan Silap Mata supaya sesiapa yang berminat boleh melakukan silap mata untuk menghiburkan ahli keluarga atau kenalan. Ahli silap mata tersebut berjaya menghasilkan produk (VCD) daripada perkhidmatannya (pertunjukkan)!

Sebenarnya terlalu banyak idea untuk kita memulakan perniagaan di internet, untuk mengetahui idea-idea tersebut anda boleh menghantar email kepada saya waklut@gmail.com, tuliskan tajuk berikan saya ebook idea perniagaan internet, insyaAllah saya akan menghantar kepada anda secara percuma.

Setakat ini dulu untuk hari ini, Sekian terima kasih

Perniagaan Internet

Perniagaan internet sama lah juga dengan perniagaan yang dijalankan di alam nyata. Anda boleh menjual apa sahaja yang anda suka selagi tidak menyalahi undang-undang dan syarak.

Oleh kerana internet merupakan medium rangkaian yang semakin banyak digunakan di dunia, ia mudah.. murah dan pantas. Oleh kerana itu juga, anda harus mengambil kesempatan dengan teknologi yang ada untuk memulakan dan memajukan lagi perniagaan anda. Antara kelebihan perniagaan internet ialah:

1. Ia mudah dilaksanakan
2. Modal yang rendah
3. Kos pengendalian yang rendah
4. Jumlah pengguna internet yang semakin berkembang
5. Boleh dijalankan secara otomatik

Maka, apakah anda ingin ketinggalan? Gunakan peluang yang ada di depan mata, cuma anda perlu belajar, mencuba dan berusaha untuk berjaya dalam perniagaan internet.

Langkah-langkah yang perlu anda mulakan.

1. Mengenalpasti pasaran

Sebagaimana perniagaan di luar sana, target market adalah satu perkara yang penting. Anda perlu membuat sedikit kajian untuk menentukan siapakah sasaran atau bakal pelanggan anda.

Anda juga perlu mengetahui perihal supply and demand untuk perniagaan anda. Siapakah pesaing anda dan siapakah bakal membeli produk anda.

Anda boleh mengenalpasti pesaing anda dengan mencari kata kunci yang anda pilih di enjin carian. Website siapakah yang berada teratas dan lawatilah laman web tersebut untuk mencari kekuatan dan kelemahan pesaing anda. Selepas itu, sudah pasti anda harus melakukan yang terbaik daripada pesaing anda.

2. Membina laman web perniagaan

Bangunkanlah sebuah laman web khas untuk menerangkan ciri-ciri dan kelebihan produk yang anda ingin pasarkan. Laman web itu juga akan bertindak sebagai wakil penjual. Oleh kerana itu anda boleh bayangkan bagaimana wakil anda akan bercerita kepada bakal pelanggan anda.

Anda perlu menceritakan perihal produk anda dengan menulis di dalam laman web tersebut. Antara tip yang perlu anda ceritakan ialah:
a. Menerangkan faedah yang diperolehi dengan membeli produk tadi
b. Memberi hadiah atau bonus yang berpatutan kepada pembeli
c. Menyediakan kemudahan untuk pembayaran
d. Testimoni daripada pelanggan yang telah membeli

Untuk membina laman web yang interaktif anda boleh menghubungi team kami untuk mendapat keterangan dan bagaimana membina laman web yang mudah dan murah.

3. Domain dan Hosting

Untuk meletakkan laman web anda supaya boleh dilihat seantero dunia, anda mesti mempunyai domain dan hosting.

Domain name ialah nama rujukan atau alamat website anda. Contohnya http://www.waklut.myportal.my. Ini adalah laman web yang saya gunakan untuk berkongsi bersama ilmu perniagaan internet.

Anda boleh memilih domain name yang sesuai dengan citarasa atau perniagaan anda. Cuma tip yang boleh dikongsi ketika memilih domain name ialah:

a. Ia mudah diingat
b. Barkaitan dengan laman web anda
c. Tidak megelirukan

Web hosting pula ialah tempat untuk menyimpan semua fail laman web anda. Untuk mendapatkan domain name dan tempat hosting ini juga, anda boleh menghubungi team kami

4. Menerima bayaran.

Setelah anda mempunyai laman web yang menjelaskan produk anda, maka anda perlu menyediakan pula tempat pembayaran.

Sekiranya tumpuan pelanggan anda hanya sekitar di malaysia sahaja, anda hanya perlu mempunyai perbankan internet. Ia telah disediakan oleh maybank, publicbank atau cimb bank. Anda hanya perlu memberikan atau mencatatkan no akaun anda dan meminta pembeli membayar ke akaun tersebut sebelum atau selepas membuat pesanan.

Sekiranya anda ingin meluaskan perniagaan ke luar negara, anda perlu mendaftar dengan paypall untuk mendapatkan perhidmatan pembayaran secara online.

5. Memasarkan produk anda.

Sekiranya semua telah tersedia, ada produk, laman web sudah boleh dilayari, sistem pembayaran sudah aktif, maka ucapan tahniah boleh diberikan, tetapi, gerak kerja yang anda lakukan ini baru sekadar 20%, 80 peratus lagi adalah mempromosi website anda itu.

Kesimpulan:
Inilah sedikit panduan asas, untuk menggerakkan diri menjadi usahawan internet. Saya berharap anda akan terus melayari blog ini untuk info yang lain, setakat ini dahulu dan sudahi dengan doa semoga anda semua berjaya dan menjadi usahawan internet yang sebenar.